Open top menu
Sunday, 2 March 2014



Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan senarai terkini syarikat dan laman sesawang yang telah dikenal pasti tidak diberikan kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM bagi tahun 2012-2014.

Apa yang mengejutkan, banyak syarikat yang tidak mendapat kelulusan melibatkan jenis perniagaan Multi Level Marketing (MLM). Antara nama besar dan sedang meningkat naik yang tersenarai ialah Boss Venture daripada syarikat Cash Deal SDN BHD. Namun, apa yang pelik ialah syarikat ini mendakwa perniagaan mereka selamat dan telah tersenarai dengan BNM seperti dibawah.


Adakah syarikat syarikat tersebut bakal berdepan dengan situasi yang dialami oleh BULUHMAS dan Noradz Travel sehinggakan segala aset aset syarikat tersebut dibekukan oleh BNM?

Bagaimana pula dengan nasib 143 syarikat dibawah ini? Adakah pelabur bakal berdepan dengan nasib yang sama?


Sudah tentu senarai ini akan memberikan kejutan kepada ramai pelabur yang telah mengikuti perniagaan yang ditawarkan. Diharap pendedahan ini dapat mengelakkan anda menjadi mangsa seterusnya dengan menjadi DOWNLINE kepada UPLINE syarikat-syarikat dibawah. 

INFORMASI: Pelabur boleh mendapatkan pengesahan mengenai status pelesenan institusi kewangan yang terbabit dalam aktiviti pengambilan deposit yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia atau individu dan syarikat yang terbabit dalam aktiviti pelaburan yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti masing-masing di laman web www.bnm.gov.my dan www.sc.com.my.

Jabatan Pengaduan/ Suruhanjaya Sekuriti
Tel: 03-6204 8999 / 03-6204 8777
Faks: 03-6204 8991
E-mel: aduan@seccom.com.my

Bank Negara Malaysia
Tel: 03-2691 0824 / 2692 6482 / 2698 2810 / 2694 2143
Faks: 03-2698 7467
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my 


sumber:
Different Themes
Written by Templateify

Aenean quis feugiat elit. Quisque ultricies sollicitudin ante ut venenatis. Nulla dapibus placerat faucibus. Aenean quis leo non neque ultrices scelerisque. Nullam nec vulputate velit. Etiam fermentum turpis at magna tristique interdum.

0 comments